What Is Philosophy (malay)
Essay by Greek • September 9, 2011 • Essay • 442 Words (2 Pages) • 1,573 Views
Tafsiran Syarifah Alwiyah Alsagoff tentang falsafah adalah falsafah ialah pertimbangan asas dan andaian mengenai pertimbangan terhadap perkara yang penting. Ia mempersoalkan prinsip- prinsip realiti, ilmu dan nilai. Perkataan falsafah boleh difahamkan sebagai pemikiran atau pandangan yang benar, rasional dan bernas.Pemikiran atau pandangan ini dihasilkan daripada usaha kajian ahli falsafah dengan cara yang saintifik , sistematik dan logikal.
Tujuan falsafah adalah tentang mencari bukti kebenaran dan memberi arah tuju atau pedoman untuk perkara-perkara yang penting dalam kehidupan manusia. Manakala
falsafah pendidikan pula adalah berasal daripada dua istilah asas. Pertama adalah falsafah dan kedua adalh pendidikan. Falsafah adalah pemikiran atau pandangan yang rasional dan benar manakala pendidikan berasal daripada perkataan Latin iaitu educare yang membawa maksud 'memelihara ataupun mengasuh mahupun mendidik'.
Jika merujuk kepada Kamus Pendidikan(1979), 'Pendidikan adalah satu proses menyeluruh yang bertujuan untuk perkembangan kebolehan dan tingkah laku manusia.Ia juga merupakan proses sosial untuk seseorang individu memperoleh kemahiran sosial serta perkembangan peribadi. Di samping itu, ia dijalankan dalam suasana yang terpilih dan terkawal seperti di sekolah.
Takrifan ini serupa dengan pandangan Dewey iaitu seorang tokoh pendidik Barat yang terkenal. Beliau berpendapat bahawa 'Pendidikan adalah satu proses yang bertujuan mempertingkatkan kedudukan manusia. Institusi sekolah juga dilihat sebagai persekitaran khusus yang sama dengan persekitaran sosial.
Dewey menjadi sangat terkenal karena pandangan-pandangannya tentang falsafah pendidikan. Pandangan beliau yang dikemukakan banyak mempengaruhi perkembangan pendidikan modern di Amerika . Beliau mengkritik sistem pendidikan tradisional yang bersifat determinasi. Pada masa kini, pandangannya tidak berlaku di Amerika tetapi juga di banyak negara lain di seluruh dunia.
Dari pandangan tokoh-tokoh pendidikan konfusianisme, ramai di antara mereka berpendapat peranan utama pendidikan ialah membina tingkah laku manusia supaya menjadi orang yang berakhlak mulia, mengikut peraturan serta taat dan cinta kepada pemerintah dan negara. Tidak kurang dari 2400 tahun yang lalu, Confucius menyatakan bahawa: apa yang saya dengar, saya lupa, apa yang saya lihat, saya ingat dan apa yang saya lakukan , saya faham'
Confucius (551-479 SM) dilahirkan dalam era 479BC di Quyi. Beliau merupakan seorang tokoh pendidik dan ahli falsafah. Beliau juga menegaskan bahawasanya pendidikan itu adalah satu proses untuk kesempurnaan tentang tingkah laku manusia dan hanya boleh dicapai oleh amalan tingkah laku. Pendidikan adalah penting untuk kestabilan, keharmonian dan kesejahteraan dalam kehidupan manusia. Bagi Confucius, murid hanya perlu diajar mengikut kebolehan mereka dan mereka juga perlu menghafal
...
...