AllBestEssays.com - All Best Essays, Term Papers and Book Report
Search

Proposal City Campus (malay)

Essay by   •  September 26, 2011  •  Essay  •  300 Words (2 Pages)  •  1,782 Views

Essay Preview: Proposal City Campus (malay)

Report this essay
Page 1 of 2

PERWAKILAN KOLEJ TUN HUSSEIN ONN SEMPENA MINGGU MESRA SISWA

JUL-NOV 2009

Aktiviti Gerai Jualan JPK THO telah diadakan pada 27 Jun 2009 bertempat di Kolej Kediaman Tun Hussein Onn UiTM Kelantan.Aktiviti anjuran Jawatankuasa Perwakilan Kolej THO ini dijayakan oleh gabungan tenaga 12 orang Jawatankuasa Perwakilan Kolej Tun Hussein Onn

(JPK THO).

Gerai Jualan JPK THO telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua pihak.Pelbagai jenis makanan dan minuman yang telah dijual sepanjang gerai berlangsung. Antaranya ialah nasi goreng,sosej,bebola ikan di mana para JPK THO sendiri yang memasaknya.

Bagi minuman pula, kami telah menjual air kotak (milo,ribena,laici dan banyak lagi) serta air buatan sendiri (bandung cincau dan air oren).

Di samping itu,kami juga telah menjual baju T(Minggu Mesra Siswa,Kolej TAR yang lama) berlengan pendek dan panjang bagi wakil Pn Rozila dalam usaha menghabiskan stok yang ada.Kami diberi upah nenjual baju-baju T tersebut sebanyak RM5 untuk sehelai baju.Baju-baju tersebut juga telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari para pelajar.

Selain daripada itu,kami juga telah menjual `reload top-up'(RM3,RM5,RM10,RM30 dan RM50) untuk kemudahan para pelajar berhubung dengan keluarga oleh kerana mereka tidak dibenarkan keluar dari UiTM untuk membeli kad `reload'.

Perjumpaan bersama Pegawai Pembangunan Pelajar Kolej Tun Hussein Onn dengan penghuni kolej Tun Hussein Onn akan diadakan pada bila-bila masa di sepanjang semester ini. Seperti mana yang telah dibuat oleh Pegawai Pembangunan Pelajar Kolej Tun Hussein Onn 4 yang diadakan pada 9 Ogos 2009 yang lalu.

Matlamat program ini diadakan adalah untuk memperkenalkan Pegawai Pembangunan Pelajar Kolej tun Hussein Onn kepada penghuni kolej Tun Hussein Onn. Selain itu, perjumpaan itu juga adalah bagi tujuan mengeratkan hubungan silaturahim diantara Pegawai Pembangunan Pelajar dengan penghuni kolej masing-masing disamping dapat memudahkan penghuni kolej berkomunikasi dan berhubung jika terdapat sebarang permasalahan.

...

...

Download as:   txt (2 Kb)   pdf (55.1 Kb)   docx (9.3 Kb)  
Continue for 1 more page »
Only available on AllBestEssays.com