AllBestEssays.com - All Best Essays, Term Papers and Book Report
Search

Teori Teleologi

Essay by   •  November 5, 2011  •  Essay  •  308 Words (2 Pages)  •  2,516 Views

Essay Preview: Teori Teleologi

Report this essay
Page 1 of 2

TEORI TELEOLOGI

Teori ini menilai sama ada perbuatan itu baik, wajar dilakukan dan bermoral atau buruk, tidak wajar dilakukan dan tidak bermoral berdasarkan nilai instrumental atau kesan perbuatan itu.

Tindakan itu dianggap sebagai bermoral jika hasil dan faedahnya membawa kebaikan berbanding kejahatan.

EGOISME

Prinsip teori egoisme menyatakan bahawa manusia mestilah melakukan sesuatu yang bermatlamat untuk memberi faedah kepada diri sendiri.

Perbuatan yang membawa kebaikan dan faedah kepada diri sendiri adalah perbuatan yang baik dan perbuatan yang buruk jika merugikan diri sendiri.

Bagi egoisme, sebarang undang-undang dan peraturan tidak diperlukan kerana evolusi manusia dengan persekitaran untuk membina kehidupan masih dalam proses.Dalam teori ini, setiap orang mempunyai individualistic peraturan dan orang yang membuat dan mematuhi peraturan sendiri akan menjadi manusia yang kuat dan maju. Oleh itu, penipuan melalui laman sosial adalah perbuatan yang wajar berdasarkan teori ini.

Konsep pahala dan dosa tidak dipentingkan dalam teori ini kerana ia bertentangan dengan kepentingan diri dan individu tidak akan bebas untuk membuat pilihan. Manusia bebas melakukan apa-apa sahaja yang boleh membawa keuntungan kepada diri sendiri terhadap orang lain. Demikian, perbuatan tersebut adalah wajar kerana teori ini menyatakan bahawa sebarang perbuatan adalah wajar selagi ia membawa kebaikan atau faedah kepada diri sendiri.

Selain itu, perbuatan itu juga wajar berdasarkan teori egoism. Sifat pentingkan diri sendiri, kasihankan diri dan menjaga diri yang diutamakan dalam teori ini menunjukkan kewajarannya. Ia juga menyatakan bahawa pengorbanan diri untuk orang lain tidak diperlukan. Demi hidup dan berkuasa, pengeksploitasian apa sahaja yang ada amat diperlukan.

Di samping itu, manusia turut berhak melakukan apa sahaja terhadap orang lain demi keselamatan dan survive kerana manusia perlukan musuh, cabaran dan pertentangan untuk pengalaman dan kecekapan untuk kemajuan. Demikiannya, perbuatan menipu orang lain dan menggunakan orang lain dianggap wajar demi kebaikan sendiri. Dengan itu, hidup manusia akan menjadi lebih menarik, seronok dan mencabar.

Oleh itu, berdasarkan penjelasan tersebut, penipuan melalui laman sosial dianggapkan wajar dalam Teori Teleologi, Egoisme.

...

...

Download as:   txt (2.2 Kb)   pdf (51.4 Kb)   docx (9.3 Kb)  
Continue for 1 more page »
Only available on AllBestEssays.com