AllBestEssays.com - All Best Essays, Term Papers and Book Report
Search

Kahwin Muda

Essay by   •  December 14, 2011  •  Essay  •  750 Words (3 Pages)  •  1,428 Views

Essay Preview: Kahwin Muda

Report this essay
Page 1 of 3

1.0 PENGENALAN

Kriket adalah salah satu sukan olahraga yang memerlukan dua kumpulan pemain dimana setiap kumpulan terdiri daripada sebelas orang. Kriket popular di negara-negara Asia Tenggara seperti India, Pakistan dan Sri Lanka. Sukan ini juga turut mendapat perhatian di Wales, Afrika Selatan, Zimbabwe dan Wilayah Karibia (West Indies)

Mengikut sejarah permainan kriket, ianya bermula di Hamspire, England pada tahun 1760. Namun begitu, sebuah kelab iaitu Marylebone Cricket Club (MCC) selalu dikaitkan apabila sejarah perkembangan permainan kriket dibincangkan. Kelab sukan inilah yang mengkaji semula undang-undang permainan kriket yang berbeza pada masa itu. Pada tahun 1835, MCC memperkenalkan satu set undang-undang yang piawai bagi permainan kriket. Usaha ini menjadi salah satu faktor yang mempengaruhi perkembangan sukan ini di England.

Di Malaysia, kriket diperkenalkan oleh pihak British ketika mereka memerintah negeri-negeri selat. Permainan ini dimainkan oleh pelajar-pelajar di sekolah mubaligh dan oleh askar-askar British yang berpangkalan di kawasan-kawasan bandar. Dari segi perkembangan popularitinya di Malaysia, permainan kriket jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan permainan-permainan lain. Keadaan ini disebabkan oleh banyak faktor. Pada tahun 90-an, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan permainan kriket kancil sebagai satu permainan dalam pelajaran Pendidikan Jasmani dan kokurikulum sukan di sekolah-sekolah rendah. Langkah yang positif ini bertujuan menghidupkan semula permainan kriket di kalangan masyarakat Malaysia.

2.0 PERATURAN KRIKET

Permainan kriket terdiri daripada dua pasukan, setiap pasukan mempunyai sebelas pemain dan salah seorang dari mereka adalah ketua pasukan. Dengan persetujuan, perlawanan antara pasukan boleh dimainkan dengan lebih ataupun kurang dari sebelas pemain, tetapi tidak lebih dari sebelas pemain yang dibenarkan memasuki padang pada bila-bila masa. Setiap ketua pasukan hendaklah membariskan pemainnya secara bertulis kepada salah seorang pengadil sebelum undian dilakukan. Tiada pemain yang dapat diganti selepas pembarisan tersebut tanpa persetujuan dari ketua pasukan lawan.

Sebelum permainan bermula, kedua-dua ketua pasukan akan membuat undian melalui lambungan duit syiling bagi menentukan pasukan mana yang akan memulakan permainan atau mula membuat pukulan. Kesemua anggota pasukan lawan akan memgambil posisi atau kedudukan mereka di padang, sementara para pemain pasukan satu lagi akan bergilir-gilir membuat pukulan. Seorang daripada mereka akan bertindak menjadi pembaling dan seorang lagi menjadi penjaga wiket yang memakai pengadang muka, sepasang glof untuk menangkap bola, pengadang kaki dan pengadang dada. Penjaga wiket akan mencangkung di belakang wiket iaitu di belakang pemukul. Pemain-pemain lain tidak memakai apa-apa peralatan khas kecuali penjaga wiket sahaja.

Sementara pemukul membuat larian, pemadang atau pemain-pemain lawan dipadang akan cuba menggagalkan larian lawannya itu dengan cara menangkap bola yang dipukulnya atau cuba mematikan pemukul. Begitulah seterusnya apabila pemukul mengambil giliran masing-masing sehinggalah pasukan lawan atau pemain yang berada di padang iaitu pemadang dapat mematikan semua pemukul atau sebahagian daripadanya. Selepas pusingan tersebut, kedua-dua pasukan akan bertukar kedudukan dengan pasukan lawan yang berada di padang atau pemadang pula mengambil peranan sebagai pemukul.

Terdapat beberapa jenis balingan iaitu Balingan Lencongan

...

...

Download as:   txt (5.3 Kb)   pdf (89.6 Kb)   docx (11.2 Kb)  
Continue for 2 more pages »
Only available on AllBestEssays.com